Aug 12, 2016

Kami Dah Pindah Website





Untuk maklumat semua, saya telah berpindah ke WEBSITE UTAMA iaitu JuneMohdSom.com. InsyaAllah semua detail saya sudah sediakan di WEBSITE baru ini.

Untuk info kelas, boleh semak sini --> http://junemohdsom.com/info-kelas/


Terima kasih.  

Puan June Mohd Som

Apr 24, 2015

TIGA TIPS MENULIS DI FESBUK

tip menulis blog facebook fesbuk


1. Gantikan ejaan sms dengan ejaan PENUH. Contoh:
x >>> tak, tidak
byk >>> banyak
jgn >>> jangan


2. Di awal ayat dan nama khas perlu guna Huruf Besar.
Contoh:
Awal ayat : Saya sayang kamu. (Huruf S besar)
Nama Khas : Kuala Lumpur. Muar. Jay Bee.


3. Jangan guna titik dot dot dot.
Contoh:
Sy suka taw... Bila uols bc post ai...sbb i chomei kan kan...hu...hu..hu...keh keh........

Dan, Fesbuk ini media sosial, elak dari menulis dengan gaya karangan SPM atau artikel majalah. Gunakan bahasa santai.


Ohhh. Dan sesekali belajar tulis AYAT POYO yea.



Begini contoh menulis ayat poyo.

Contoh:
Eehhh. Awat pagi ni bila tenguk cermin, muka i nampak sewit macam zaman sekolah menengah yek. Ha ha ha.


Apr 17, 2015

TRIP SPONTAN KE CHINA (BAB 2)

Di Guangzhou, saya sempat memerhatikan kehidupan masyarakat China. Berikut adalah sebahagian corak sosio-budaya orang Guangzhou.


Pemilihan payung yang amat teliti.

Ketika ini, bulan April adalah musim hujan. Titis-titis renyai membasahi bumi Guangzhou samada di waktu petang atau malam.

Payung dijual di merata tempat. Saya kira, masyarakat di sini sudah biasa membeli payung. Bukankah payung sudah menjadi satu keperluan, sama penting dengan memiliki jaket untuk menangkis angin dingin musim bunga?

Namun, tidak disangka-sangka. Membeli payung boleh menjadi satu perkara yang amat terperinci sebegini.


Ini pula adalah koleksi payung di di dalam shopping mall. 


Buah ceri dijual dengan menggunakan penimbang kati. Sungguh klasik!




Teruja sungguh dapat bertemu masyarakat Islam di Tanah Besar China.
Restoran Moslem di Haizhu Square, Baima dan Zhongshan Ba dimiliki oleh masyarakat Tibet.
Makanan feveret saya ialah roti bawang dan roti emas (roti bakar berinti).
Sup yong taufu Sechwan sedap. Kami siap order untuk kali kedua.





Seniman jalanan di tepi sungai.













TRIP SPONTAN KE CHINA (BAB 1)

Iya. Sebenarnya ini trip spontan. Maksudnya, saya tidak pernah plan untuk travel jauh, kerana saya bukan kaki travelling.

Namun, seorang sahabat pelawa dan ada pula seorang bisnes partner yang sudi sponsor. Maka, saya pun adjust beberapa perkara dan redah.

Banyak sungguh pengalaman baru yang menarik kerana hidup saya semenjak kecil di kelilingi oleh budaya dan masyarakat China.

Teman makan waktu rehat semasa darjah 3 ialah seorang berbangsa China. Cikgu Peter Chan adalah guru BM yang mencungkil bakat menulis saya semasa darjah 4. Saya juga membaca novel fiksyen seperti Waiting oleh Ha Jin dan Wild Swan oleh Jung Chang. Juga gemar menonton filem China dan Hong Kong.

Kemudian, ditakdirkan Nya, saya mengajar di UTAR selama 9 tahun dan telah mengajar beribu-ribu anak murid berbangsa China. Ketika universiti memperkenalkan subjek baru Sun Tzu Art of War and Business Application, saya adalah antara guru pioneer bagi subjek ini.

Dahulu, saya sekadar mampu menonton rancangan masakan dari Tanah Besar China yang terkenal dengan kepelbagaian masakan mengikut wilayah-wilayahnya dan juga kehidupan masyarakat Islam dan masjid-masjid di China di rancangan Jejak Rasul.

Alhamdulillah. 4 hari di China, saya berpeluang merasa pelbagai makanan masyarakat China. Sup yong taufu Sechwan best, kami siap order kali kedua.



Trip Bisnes Borong China Guangzhou


Dan yang paling manis, apabila ketua rombongan Pn Azi Hafiza membawa kami bersolat di Masjid Huaisheng. Mengikut sejarah, masjid ini dibina 1,300 tahun dahulu oleh bapa saudara Nabi iaitu Saad Ibn Abi Waqash r.u.

China adalah negara yang amat menakjubkan. Bagaimana negara 'The Sleeping Dragon' ini menguasai ekonomi dunia, TANPA perlu berkompromi dengan syarikat gergasi Google, Facebook dan Whatsapp. Orang bisnes di sana tidak perlu mengusai Bahasa Inggeris, dan bisnes masih rancak berdesuppp. Ohh bayangkanlah sekiranya mereka pandai berbahasa omputih, pasti lagi mudah untuk menjalankan transaksi bisnes.

Dan...
Patutlah Bank Dunia terpaksa memujuk pelabur China membantu membangunkan semula eknomi Eropah yang semakin merundum.



Rakan sebilik semasa 4 hari di China. Wan Hartini tawkey korset magikal blue 
dan Hazira Hassan founder slimming cream UShape.



Semuga Allah swt murahkan rezeki dan dapat pergi ke gunung berlapis warna pelangi di Guilin dan Kota Metropolitan Shanghai pada masa hadapan.





Apr 16, 2015

Apa Itu Kelas OP? Apa itu STOB?

Saya masih banyak mendapat pertanyaan.
"OP tu apa?"
" Nak PC OP."
"Nak belajar STOB."

Semenjak 1 Nov 2014, saya telah terlibat dalam mengajar orang bisnes dan warga Fesbuk untuk berfesbuk dengan cara yang betul. Sehingga ke hari ini, kita sudah menjayakan 7 Kelas OP.



Online positioning


APAKAH OP?
Ilmu OP adalah Ilmu Online Positioning.

Ilmu Online Positioning (OP) adalah Teknik Pintas untuk meningkatkan Visibiliti (tonjol diri), Kredibiliti dan Autoriti orang bisnes dalam masa 60 hari.

Ilmu OP ini penting kerana ia memudahkan kita femes, lebih dikenali, ehemm ehemm, lalu memudahkan kita untuk mempromosi diri atau bisnes.





PERLUKAH ORANG BISNES TAHU ILMU ONLINE POSITIONING? 
Iya. Ini adalah ILMU penting untuk orang bisnes.


SIAPA YANG PATUT HADIR KELAS OP?
- Orang bisnes yang menggunakan medium Facebook wall untuk memperkenalkan bisnes mereka.
- Orang bisnes yang memilih untuk lebih dikenali di media Facebook.
- Orang bisnes yang rajin update Facebook sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
- Orang bisnes yang mementingkan online presence di media sosial yang berpengaruh seperti Facebook.
- Orang bisnes yang serius mahu memaksimakan online presence di Facebook.
- Orang bisnes yang mahukan post Facebook yang berimpak tinggi (seperti mendapatkan Like dan Komen yang banyak bagi setiap post)


APLIKASI ILMU OP
- Ilmu Online Positioning ini dirangka khas untuk digunakan di Facebook Wall.
- Ilmu OP melatih orang bisnes mempromosi diri mereka secara berstrategi melalui penulisan yang akan meningkatkan Visibiliti (tonjol diri), Kredibiliti dan Autoriti sebagai orang bisnes
- Ilmu OP ini boleh diguna-pakai di media sosial lain yang melibatkan penulisan atau content-based seperti blog, website dan Facebook Fan Page.







MAHU BESARKAN PENGARUH ANDA DI MEDIA SOSIAL FESBUK?
Fesbuk ni dunia yang cepat tenggelam. Nak maintain susah. Maka, memang kena pasang strategi OP yang tertentu.


Anda mahu tahu cara membesarkan pengaruh di Fesbuk? IYA. SAYA ADA 7 RAHSIA OP!
Peserta Kelas OP akan belajar 7 Rahsia OP:
1. Teknik meningkatkan VAK (visibiliti, autoriti & kredibiliti sebagai orang bisnes)
2. Teknik Gajah Masuk
3. Teknik penulisan post popular untuk orang bisnes.
4. Teknik bina identiti untuk orang bisnes
5. Teknik untuk mendapatkan Like Komen & Share yang tinggi
6. Teknik sebenar mengendalikan Facebok wall dengan berstrategi
7. Teknik menarik minat audiens

+ TIGA BONUS
1. BONUS – Nota Basic OP
2. BONUS – Nota Adab Berfesbuk
3. BONUS – Tips Penggunaan Ayat Beremosi

Apr 8, 2015

TEKNIK REBRANDING UNTUK PIKAT KASTEMER

saya suka muffin


Pabila rasa market tepu, cuba cipta sesuatu yang di luar kotak dengan Teknik Rebranding.

Contoh Rebranding:
Kek >>> muffin.
Kita mungkin rasa kurang selesa atau pelik atau bersalah untuk makan kek karot semasa breakfast. Namun, kita mungkin rasa okay-okay jer bila makan muffin karot, muffin blueberry, muffin mocha untuk breakfast.





Kajian menunjukkan bahawa responden makan lebih banyak "fruit chews" daripada "candy chews." Ehhh kenapa yek?

Walaupun kedua-dua produk ini benda yang sama, nama "fruit chews" itu nampak lebih sehat, healthier. Dan kiranya, boleh hilang rasa bersalah walaupun kita dah kunyah segenggam "fruit chews." Fruit maaa. Buah kan makanan yang sehat. Betul?

Contoh produk lain yang sudah mengalami proses rebranding supaya lebih mudah diterima dan disukai kastemer:

Liquid soap >>> shower gel
Potato chip >>> vegie chip
Prune >>> dried plum

Selamat rebranding.
Baca komen-komen yang kiut-miut oeleh pembaca di Fesbuk wall  #JuneWriter. =D

Feb 28, 2015

SEMUA ORANG BERMULA SEBAGAI AMATUR



Untuk menjadi mahir, kita memerlukan masa yang lama, sabar yang berpanjangan, displin yang tinggi dan daya kerja yang serius.

Kita perlu melatih diri setiap masa, setiap hari.

Praktis!
Praktis! 
Praktis!

BAKAT dan rasa MINAT perlu sentiasa digilap, hari demi hari, untuk kita melompat dari status amatur kepada mahir.

Setiap ilmu yang kita timba melalui seminar, bahan bacaan, latihan, mentor, guru, pengalaman adalah ibarat batu-batu blok yang akan kita gunakan untuk membina bangunan kejayaan.

Ini adalah asam garam di dalam fakulti kehidupan.


Otak sedang ligat. Tak boleh tidur malam tadi. Makin nak finalizekan material untuk Kelas STOB esok, makin banyak benda baru yang saya jumpa.

Tiba-tiba saya nampak satu peluang baru. Seriously, saya suka amat suka aturan ALLAH yang perfect sekali. 

Ya Allah,
Yang Maha Mengatur setiap kejadian.
Kau permudahkanlah segalanya.
Kuatkan azamkan ku
Limpahkan ILHAM dari langit Mu
Kurniakan kepada ku guru dan mentor yang ikhlas
Ketemukan ku anak-anak murid yang ikhlas untuk ku bantu.

Indah sungguh aturan Mu Ya Rabb
PERFECT teramat PERFECT.
Syukur. Alhamdulillah.